TIPOLOGI PEMIKIRAN HUKUM ISLAM

Rp87.000

Imamuddin,
Abdul Karim Bin Ali,
Muhammad Safwan Bin Harun,
Muhammad Ikhlas Bin Rosel.

ISBN : 978-623-5498-66-9

Stok habis

Deskripsi

Pemikiran Islam yang berasaskan kepada Al-Quran, hadith, ijmak dan qiyas merupakan hasil ijtihad yang dijadikan sebagai pembaharu dalam rangka membaiki pemahaman yang masih dinilai kurang sempurna atau pemahaman yang menyeleweng daripada perkara yang sebenar dalam agama Islam.

Pada hakikatnya buku tipologi pemikiran hukum Islam ini, tidak hanya boleh digunakan untuk hukum Islam sahaja yang bertumpu kepada ulama fiqh dan usul fiqh dan fatwa. Tapi untuk semua tipologi pemikiran Islam yang muncul daripada kalangan ulama atau pemikir ilmu kalam (tauhid), ilmu tafsir, ilmu hadith bahkan segala bentuk pemikiran yang dihasilkan oleh kalangan umat Islam. Hanya sahaja pengkhususan tajuk ini kepada tipologo pemikiran hukum Islam kerana buku ini ditulis untuk memudahkan para ahli akademisi yang bertumpu pada bidang fiqh dan usul fiqh dalam menilai setiap ulama, ilmuwan, cendekiawan dan pemikir-pemikir Islam lainnya.

Pemikiran Islam mencakup semua perkara termasuklah perbahasan pemikiran hukum Islam disebabkan cakupan pemikiran Islam meliputi semua bidang termasuklah hukum-hakam dalam Islam yang identik dengan bidang ilmu fiqh dan usul fiqh, fatwa, qadha’ atau pun undang-undang Islam, tauhid dan lain sebagainya. Oleh itu, keduanya adalah antara umum dan khusus iaitu kalau berbincang tentang pemikiran Islam tentulah meliputi pemikiran hukum Islam.

Oleh itu, dengan memahami pemikiran hukum Islam secara menyeluruh dengan pelbagai tipologinya akan memudahkan setiap penulis untuk membuat kayu ukur bagi menilai para ilmuwan dan sarjana muslim termasuklah ulama dari segi pemikiran mereka yang dimunculkan sama ada yang berbentuk tulisan, ucapan atau pun lainnya. Tipologi pemikiran hukum Islam yang umum secara mendasar dibahagikan kepada pemikiran aliran Tradisionalisme, Modenisme dan Reformisme yang mana ketiga-tiganya memiliki banyak lagi cabang pemikiran yang bermacam seperti pemikiran ortodok, konservatif, fundamentalis, idealis, progresif, sekular, liberal dan sebagainya. Manakala segolongan ulama dan pemikir Islam lainnya juga memunculkan dan menampilkan warna lain daripada tipologi pemikiran hukum Islam secara khusus yang langsung merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah iaitu pemikiran Wasatiyyah (Tawassut) yang berdiri di antara pemikiran Tasahul dan Tashaddud.

Informasi Tambahan

Dimensi 15,5 × 23 cm